fbpx

Sila Baca

Bagaimana laman ini berfungsi sebagai satu platform dermawan di Malaysia?

Perkara yang anda perlu tahu

01.

Siapa yang boleh membuat kempen di laman ini?

Kami menerima sebarang kempen dari individu atau organisasi yang berada di Malaysia. Setiap kempen akan disahkan oleh pihak pengurusan terlebih dahulu.

Sebarang kempen kecemasan & bencana alam hanya dilakukan oleh pihak Derma.org.my melalui Pertubuhan Jalinan Muslim Malaysia.

02.

Bagaimana Untuk Daftar Kempen?

Anda perlu mengisi borang yang telah disediakan untuk memulakan sebarang kempen.

Kempen mestilah berlangsung dalam masa 30 hari.

Sila isi borang di sini untuk daftar kempen anda.

03.

Berapa Caj Yang Dikenakan Setiap Kempen?

Untuk melakukan kempen di laman ini adalah percuma.

Setiap derma akan dikenakan caj sebanyak RM1.00.

Contoh Ali menderma kempen A sebanyak RM10. Maka Ali akan membayar sebanyak RM11 termasuk yuran transaksi oleh "Billplz".

RM1.00 ini bukan diambil oleh pihak pengurusan. Tetapi ini adalah kadar caj setiap transaksi FPX yang dikenakan oleh pihak ketiga iaitu "Billplz".

Apa Billplz ni? Mereka adalah penyedia laluan pembayaran dari sumbangan orang ramai.

04.

Boleh Pemilik Kempen Melihat Senarai Penderma?

Setiap transaksi penderma akan direkokan di laman ini.

Pemilik kempen boleh melihat semua senarai penama bagi setiap kempen.

05.

Bila Pembayaran Akan Dimasukkan Ke Dalam Akaun Pemilik Kempen?

Pembayaran akan dilakukan setelah kempen selesai atau kempen mencecah nilai yang diinginkan sebelum 30 hari.

Kami tidak mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi pembayaran ke akaun pemilik kempen.

Sebarang pertanyaan sila emel ke [email protected]