Memetik laporan yang ditulis oleh Sinar Harian, meskipun diuji dengan keadaan pasangan yang kurang upaya, ujian tersebut nyata tidak memudarkan rasa cinta wanita bernama Fatimah Salleh (58) kepada suaminya, Wan Mohamed Jaafar (78).
Fatimah malah setia menjadi ‘tongkat’ penunjuk arah untuk suaminya ketika berjalan mencari rezeki sebagai tukang urut di Kampung Talang, Kadok, Ketereh.
Difahamkan, suaminya tidaklah dilahirkan buta tetapi nasib malang tersebut telah menimpanya selepas matanya terkena habuk simen semasa bekerja sebagai tukang rumah pada tahun 1998.
Menurut Fatimah, mereka berdua telah bekerja sebagai tukang urut semenjak dari tragedi itu. Setiap hari seawal 8 pagi, Fatimah dan suami akan berjalan sejauh 20 kilometer untuk mencari pelanggan atau berkunjung dari rumah ke rumah bergantung kepada permintaan.
– VOCKET 2021
Bantuan ini diwujudkan supaya pasangan ini mampu hidup dalam keadaan yang selesa tidak lama lagi.